Pertanyaan? hubungi +6011-11493353


KOPERASI SISWA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA BERHAD

(KOSISWA UTHM)

merupakan koperasi pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang didaftarkan pada  19 September 2011 dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Matlamat utama penubuhan koperasi ini adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi mahasiswa UTHM  mengikut prinsip-prinsip koperasi. Dengan cara ini mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi yang diusahakan secara berkoperasi, justeru menambahkan sumber pendapatan mereka semasa di dalam pengajian.

  • Ahli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) sejak 2011
  • Anggota Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad (KOSISMA) Berhad sejak 2010

VISI

Menjadikan KOSISWA sebagai organisasi profesional yang mampu mewujudkan fungsi, menjana idea serta sebagai platform perintis keusahawanan kepada mahasiswa/siswi UTHM.

MISI

  1. Memberikan perkhidmatan keusahawanan secara menyeluruh kepada warga UTHM serta mempromosi faedah-faedah bidang keusahawanan.
  2. Menjana ruang keusahawanan dan perniagaan secara sistematik serta memberi peluang kepada mahasiswa/siswi melibatkan diri secara aktif.
  3. Mewujudkan jaringan kerjasama antara agensi perusahaan tempatan dan antarabangsa.
  4. Meningkatkan kemahiran pengurusan dan perusahaan dalam kalangan mahasiswa/siswi
  5. Mengoptimumkan segala kemudahan bagi menjana pendapatan KOSISWA.

OBJEKTIF

  1. Memberi pendedahan serta menjana pendapatan mahasiswa/siswi melalui program-program keusahawanan
  2. Melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dalam bidang keusahawanan
  3. Menyemarakkan dunia keusahawanan dalam kalangan mahasiswa

Koperasi Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad

(KOSISWA UTHM)

'Satu untuk Semua, Semua untuk Satu'

fbico instaico youtubeico

Who's Online

We have 164 guests and no members online

Visitor Counter

6042