Pertanyaan? hubungi +6011-11493353


Kedai Siswa Save.

Kedai Siswa Save di UTHM telah diuruskan sepenuhnya oleh koperasi Siswa UTHM Berhad (KOSISWA UTHM) dan beroperasi di sebuah ruang tumpuan pelajar di Blok B1, Kampus UTHM Parit Raja yang dinamakan Pusat Niaga Siswa (PNS)

Kedai Siswa Save merupakan entiti perniagaan sulung milik KOSISWA UTHM hasil kerjasama erat dengan KOSISMA. Diwujudkan pada tahun 2011 hasil kertas kerja yang telah ditulis oleh Gabungan Koperasi Siswa Malaysia (KOSISMA) pada tahun 2010 dengan mendapat sokongan penuh daripada kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyokong budaya keusahawanan melalui gerakan koperasi.

Kedai Siswa 1Malaysia (Siswa Save) adalah perintis untuk mahasiswa menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, dan di sini juga mereka boleh mempelajari asas-asas perniagaan, pengurusan dan peruncitan.


Siswa Save adalah penyedia perkhidmatan fotokopi dan juga perniagaan runcit kepada mahasiswa / mahasiswi di UTHM dengan harga yang cukup berpatutan. Kedai ini menjadi pilihan utama mahasiswa / i bagi keperluan kuliah mereka dan juga untuk mendapatkan makanan ringan yang sedap dan berkualiti semasa di UTHM

Siswa Save UTHM memfokuskan bidang perniagaan berikut:

  • Percetakan/Fotokopi
  • Alat Tulis
  • Makanan
  • Minuman & Ais Krim
  • Vendor Entreprenuer

Koperasi Siswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad

(KOSISWA UTHM)

'Satu untuk Semua, Semua untuk Satu'

fbico instaico youtubeico

Who's Online

We have 162 guests and no members online

Visitor Counter

6041